10 Sebab Do'a Kita Di Tolak


10 Sebab Do'a Ditolak

Sebuah artikel yang pantas kita renungkan yang Free Just 4 U dapatkan dari seorang sahabat yaitu 10 Sebab Do'a Kita Di Tolak. Tentunya kita selalu bertanya tanya kenapa Do'a kita tidak segera dikabulkan Allah padahal kita sudah mengikuti apa yang sudah di ajarkan. di bawah ini artikel yang saya dapatkan, semoga bermanfaat


10 SEBAB DOA TERTOLAK.
 Ketika Ibrahim bin Khadam ( seorang ahli tasauf yang masyhur) ketika berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya : Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa kepadanya? Beliau menjawab : Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu : 

PERTAMA 
Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hakNya. 

KEDUA 
Kamu berkata bahawa kamu cinta Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunahnya. 

KETIGA 
Kamu telah membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya. 

KEEMPAT 
Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya. 

KELIMA 
Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu,tetapi kamu tidak menentangnya.

 KEENAM 
Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya. 

 KETUJUH 
Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya. 

KELAPAN 
kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya. 

KESEMBILAN 
Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri. 

 KESEPULUH 
Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar ( pengajaran) daripada mereka. Bersama kita renung renungkan ......

Sumber : http://akifimtiyaz3.blogspot.com/2014/05/10-sebab-doa-kita-di-tolak.html 

2 komentar

  1. justeru, kite acap kali mengeluh saat doa tak termakbul tanpa melihat sedikitpun cermin dihadapan. :)

    BalasHapus
    Balasan
    1. iya benar sekali....tanpa mau melihat kekurangan diri sendiri kita sering mengeluh mengapa do'a tidak juga dikabulkan Allah...
      terima kasih sudah singgah.... :)

      Hapus

Dimohon tidak meninggalkan link aktif karena otomatis terhapus
EmoticonEmoticon